TRIAL JATI, PERIK

Posted by dunnynasution@gmail.com
On 7 Juli 2022

04/12/2009, malam sebelumnya terima SMS dan Zan Gerek Baru ..”esok kayuhan di Perik”. Aik..biasanya kayuhan kami pada hari sabtu, mungkin kerana kenduri atau terikat dengan aktiviti sendiri(pasai cuti sekolah ni), maka kayuhan bertukar ke hari Jumaat. Rider D’ Palass yang terlibat hari ini ialah Saudara Zaim(tekong), saudara Senu, Cikgu Lotfi, Sham Gary Fisher, aku dan anakku shauqi, Zn dan Cikgu Madi(Selamat Datang)

Tempat Berkumpul: Kawasan lapang berhampiran Sekolah Keb, Perik.
Masa Kayuhan : 8.00 pagi
Jarak Kayuhan : 22km
Masa Kayuhan : 105 minit
Laluan: Masuk melalui Jalan Paya Terap ke Ladang Jati

Trial ini memang menarik, pemandangan pun cantik – ia menjadi cabaran kepada sahabat baru Group D’Pallas Cikgu Madi. Jangan serik na ..cuba lagi minggu depan.
Trial ini juga menjadi medan ujian kepada Fork Manitou R 7 kepunyaan Zn yang baru dibelinya. Ternyata fork ini tak menghampakan penggunanya. Ia akan jadi choice kepada beberapa ahli yang nak tukar fork (termasuk ler aku ).

Tempat pemunggahan dan permulaan

SELAMAT DATANG CIKGU ZUMADI
Milik Siapakah Fork ini(BACA: Lagu Sudirman Milik Siapakah gadis ini)

Laluan ke Kg. Paya Terap ..Cantik kampung ni

Bermula dari sungai inilah cabarannya bermula

iahh kayuh

Tuntun pon tak pa cikgu ,,jangan siksa diri.. ni baru sesi perkenalan


Awat Sham .nak tulong lap peluh ka?

Tudia naik lagi


Takpa Zn ..cling pi dulu .. aku observe (pinjam ayat At Bata)
Kacang jer .. Sham no
Jangan Tinggal daku ..OOOO adikku
Kalau tak sayang gerek ..randuk jer l. a.
Pokok Tumbang .. Zaim dan Cikgu Lotfi buat pahala loose.. pe clea jalan
Laa naik lagi ni
Cewahhh ..kayuh pun lain macam jer ni

Tudia ..budak-budak berebut nak pegang gerek aku .. depa celen aku lawan race dgn mutu

Related Posts

Comments

0 Komentar

Kirim Komentar

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *